Monday, August 23, 2010

Puasa - Hikmah dari ketaatan Hamba

Ditulis oleh Warta Kedah

Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan, keampunan dan terisi didalamnya sejuta rahmat. Ramadhan mendidik manusia mengamalkan sikap mahmudah disamping menjauhi dan meninggalkan sifat mazmumah. Setiap kali tibanya bulan barakah ini, hati insan menjadi terhibur kerana dihidangkan dengan irama takbir dan tahmid serta alunan zikir dan tadarus. Allah menjanjikan awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka. Firman Allah swt di dalam Surah Al-Baqarah 185 yang mafhumnya: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar Dengan yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain(dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.”

Makanan merupakan sumber tenaga yang penting di dalam kehidupan manusia di mana ia akan diproses di dalam sistem penghadaman manusia, iaitu dari pemecahan karbohidrat kepada unit glukosa untuk digunakan sebagai tenaga. Jadi, tidak timbul soal tidak cukup tenaga sepanjang waktu berpuasa. Makanan yang berlebihan akan disimpan di dalam bentuk glikogen di dalam hati dan tisu lemak di bahagian otot-otot. Ketika berpuasa yang berpanjangan, tenaga akan dibekalkan dari pemecahan tisu simpanan ini sekiranya diperlukan.

Oleh itu, untuk menyediakan diri dan membekalkan keperluan tenaga sepanjang waktu berpuasa, umat Islam digalakkan bersahur. Baginda Rasulullah saw juga ada bersabda maksudnya: Dari Anas bin Malik ra berkata, baginda Rasulullah saw ada bersabda: Bersahurlah kerana pada sahur itu ada keberkatan (Riwayat Ibn Hibban).

Di samping itu, puasa juga memberikan kesempatan kepada saluran pencernaan untuk beristirehat setelah bekerja keras terus-menerus selama lebih kurang 18 jam sehari, hampir sepanjang tahun. Ini kerana, badan tidak perlu mengeluarkan asid dan lain-lain enzim untuk memproses makanan semasa berpuasa.

Malah, menurut pakar perubatan, sekiranya berpuasa dilakukan secara teratur, gejala-gejala penyakit berat seperti diabetes, darah tinggi, masalah kolesterol tinggi, migrain hinggalah masalah kegemukan juga dapat dikurangkan. Puasa juga mempunyai beberapa kebaikan lain antaranya:

1. Penurunan berat badan
Pakar perubatan berkata, mereka yang berpuasa dengan amalan pemakanan baik boleh mengurangkan berat badan dengan ketara. Kajian menunjukkan kekurangan berat badan di antara lima hingga tujuh kilogram sepanjang bulan Ramadan. Ini dapat membantu individu di dalam kategori berat badan berlebihan atau obesiti untuk menurunkan berat badan mereka dengan cara yang sihat dan murah.

2. Mempercepat proses pemulihan
Ketika berpuasa, penggunaan tenaga diarahkan dari sistem penghadaman ke sistem-sistem lain seperti penyembuhan dan pembaik pulih tubuh badan. Proses penggantian tisu yang rosak menjadi bertambah baik hasil proses pembentukan protein sintesis yang semakin berkesan, yang disebabkan oleh antibodi badan yang lebih teratur. Pembentukan protein yang lebih efisien akan menghasilkan sel-sel serta tisu yang lebih sihat. Kaedah ini juga dilakukan oleh binatang seperti harimau misalnya akan berhenti atau mengurangkan pengambilan makanannya selagi berada dalam kecederaan, sehinggalah ia pulih.

3. Awet muda dan memanjangkan usia
Dengan berpuasa, sejenis hormon antipenuaan didapati dikeluarkan oleh badan dengan banyaknya. Selain itu, fenomena ini dikatakan juga berpunca daripada proses pembentukan sintesis protein yang lebih efektif, ketahanan badan yang lebih baik serta kadar metabolik yang lebih rendah. Kajian pada haiwan menunjukkan, puasa dapat memanjangkan usia, memperlahankan kadar penurunan fungsi badan dan mengurangkan insiden penyakit tua.

4. Solat tarawih bantu menghazam makanan
Keistimewaan ibadah di bulan Ramadhan ialah terdapat solat sunat Tarawih pada sebelah malamnya. Menurut pakar kesihatan ia dapat membantu proses hazam makanan yang dimakan ketika berbuka untuk digunakan sebagai tenaga sehingga 200 kalori. Malah ia juga bertindak sebagai satu cara senaman yang ringkas dan baik untuk menguatkan sistem pengaliran darah dalam jantung.

5. Mendisiplinkan diri agar berhenti merokok
Ramadhan merupakan bulan untuk melatih diri menjadi insan yang lebih bertaqwa. Ganjaran pengampunan dan banyak ibadah dapat dijalankan sebagai deposit pahala. Ia boleh juga digunakan untuk kita melatih diri meninggalkan amalan yang kurang baik seperti mengurangkan nikotin yang berbahaya di dalam tubuh perokok. Ketika siang hari, perokok boleh meninggalkan rokok kerana terpaksa berpuasa manakala pada malam hari, perokok boleh meninggalkan rokok kerana takut akan kemudaratan kesihatan seperti penyakit kanser paru-paru, sakit jantung dan penyakit sekatan pernafasan. Ini bertepatan dengan saranan baginda Rasulullah saw yang bermaksud: “Dari Abu said al-Khudri ra berkata; baginda Rasulullah saw bersabda: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan mengetahui segala peraturan puasa justeru menjaga segala peraturan itu mengikut apa yang telah ditetapkan, nescaya diampunkan oleh Allah dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat al-Baihaqi dan Ibn Hibban)

6. Ketenangan jiwa
Dari segi kesihatan mental, di bulan Ramadhan ini, umat manusia berasa lebih tenang. Ganjaran yang berlipat ganda pada bulan puasa menjadikan mereka lebih bertumpu kepada menunaikan ibadah, sekali gus mengurangkan kes-kes jenayah. Pemakanan di bulan Ramadhan hendaklaha sentiasa seimbang seperti buah-buahan, sayur-sayuran, karbohidrat, protein ketika bersahur dan berbuka puasa. Ketika berbuka, disunatkan mengambil kurma kerana kandungan gula yang tinggi bertindak sebagai pembekal tenaga.

Sementara itu, ketika bersahur, banyakkan makanan yang lambat hadam iaitu bijirin seperti oats, gandum dan lain-lain kerana makanan jenis ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses iaitu sekitar lapan jam. Justeru, ia dapat membekalkan tenaga dengan lebih lama.

Marilah kita jadikan puasa sebagai benteng kukuh yang mempertahankan diri dari terjebak dengan runtunan nafsu disamping memantapkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Di samping itu juga dapat menjadikan kita sebagai umat yang sihat jasmani dan rohani.

Firman Allah swt menerusi Surah Al-Baqarah ayat 187 yang bermaksud: “Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid, itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya.”

Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekelian manusia supaya mereka bertaqwa.

Wednesday, August 18, 2010

Teringin Adidas F50 adizero


Bulan depan nk beli kasut ni...terasa mcm Messi bila memakai kasut ni...main tak setara mana, tapi yang penting gaya...hahahahahhahaha...agak2 ada diskaun tak???
Tapi kalau ikutkan sejarah dulu...penah la main bola utk sekolah sampai peringkat negeri...tapi aku lebih kepada sepak takraw...

Telatah anak-anakku waktu pagi...






Telatah anak-anakku sewaktu pagi sebelum ke tempat kerja....
anakku yg sulung Amira Batrisyia, 5 tahun sedang belajar di Tadika Al-Quran Al-Fateh..setiap pagi sebelum bagun dr tempat tidur mesti kena susu sebotol dulu.....selepas itu terus mandi...bila nak mandi pasti mahu mandi air panas...terpaksalah mamanya menyediakan air panas...maklumlah di rumah tiada lagi Water Heater...masalahnya, setiap kali hendak mandi, pasti dia akan menyuruh papa atau mama yg memandikannya...kadang-kadang aku selalu marahkan dia, kesian juga padanya...biasanya ayat yg aku gunakan "Dah besar dah..tak kan tak pandai mandi lagi !!isskk akulah budak nih.....!"...biasanya dengan nada yg agak kuat (harap jiran2 aku tak dengar...hahahahaha)...tak abis lagi, lepas dah memandikannya, nk pakai baju pun suruh mama @ papanya juga...sekali lagi ayat itu akan terpacul dari mulutku...kena lagi...
Haaa...ni yang kecil plak...namanya Aleesya Humaira...baru berumur 1 tahun 2 bulan...yang kecil ni biasanya kami panggil Adik...Yg ni tiap pagi aku hantar ke pusat asuhan Al-Fateh berhampiran dgn tadika kakanya...senang sikit...yang ni pulak telatah dia pagi2 pantang tgk kakaknya masuk bilik air, pasti dia akan mengekori di belakang...siap suruh mama @ papanya buka baju lagi tuuu...biasanya tiap pagi aku yang siapkannya...pakaikan pampers, baju, seluar, sikat rambut....suami yg baik katakan...tapi biasanya wife aku akan tanya..."dah boh bedak ke kat punggung dia?"......sebab kulit adik ni agak sensetif....klau berpeluh byk sgt, kulit akan naik ruam merah...wife aku seorg yang bagus, dia pandai & terlalu menjaga hal2 kesihatan anak2 aku.....setelah selesai bersiap, pasti adik ni akan menyuruh utk mengangkatnya...maklumlah dah siap berbedak, pasti dia nk kluar dah....kemana saja aku @ mamanya jalan dlm rumah, pasti dia akan ikut....hatta aku tgh pakai baju pun dia suruh angkatkannya....
Begitulah telatah anak-anak aku setiap pagi....apa pun teletah mereka memberikan aku satu pengalaman baru dan menjadikan aku lebih sayang pada mereka....

Ozil sah jadi milik Real Madrid



BERLIN - Mesut Ozil tidak akan turun beraksi untuk Werder Bremen pada perlawanan pertama playoff Liga Juara-Juara menentang Sampdoria pada awal pagi esok selepas bintang Jerman itu sah akan berhijrah ke Real Madrid dengan bayaran perpindahan 15 juta euro (RM60.9 juta).

"Kami terpaksa menghormati keputusan Ozil untuk ber hijrah bagi meningkatkan lagi kariernya," kata Pengarah Sukan Bremen, Klaus Allofs.

Pada masa yang sama, laman web rasmi Real turut mengesahkan berita perpindahan tersebut setelah mereka tertarik dengan kelibat cemerlang Ozil sepanjang Piala Dunia 2010.

Justeru, tatkala Bremen sedang bersiap untuk menghadapi Sampdoria, Ozil, 21, tidak turun menyertai sesi latihan semalam dan dia dijangka akan berada di Madrid hari ini untuk ujian perubatan.

Real perlu membuat keputusan segera sebelum aksi playoff menentang Sampdoria esok kerana sekiranya Ozil turun beraksi pada perlawanan itu, dia tidak dibenarkan bermain untuk dua pasukan berbeza pada saingan Eropah itu dalam satu musim.

Sementara itu, skuad bimbingan Thomas Schaaf tersebut kerap bermain pada Liga Juara-Juara sejak beberapa tahun kebelakangan ini manakala Sampdoria kali terakhir beraksi ketika mereka tewas kepada Barcelona pada final 1991/92.

Bagi perancang tengah Itali, Antonio Cassano, dia yang telah menolak untuk berhijrah ke Inter Milan, berhasrat untuk memberi komitmen penuh bagi membantu Sampdoria mengulangi kejayaan lampau tersebut.

"Saya mahu tamatkan karier di sini. Bersama Sampdoria, saya rasa begitu selesa umpama raja. Apa yang penting dalam hidup adalah kebahagiaan dan saya merasai semuanya di sini," kata Cassano. - AFP

SETEM RAYA

Sempena sambutan Hari Raya, Pos Malaysia tahun ini hanya mengenakan bayaran setem 50 sen bagi kad ucapan yang tidak melebihi 50 gram, berbanding harga biasa 70 sen berkuatkuasa 1 Ogos ini. Ketua Sokongan Operasi PosMel Zaidi Hussain berkata kadar istimewa itu bagi semua destinasi di negara ini dan ia lebih rendah berbanding 80 sen pada tahun lepas.